PROJEK DUIT RAYA 2019

SELAMAT DATANG KE BLOG INI SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA, WHATSAP/SMS KE NO 018-2120205**TERIMA KASIH*https://aturgaya.blogspot.my/

Ukuran untuk Ready made

Assalamualaikum

Di sini saya ingin berkongsi ukuran Ready made untuk panduan dan rujukkan sahabat-sahabat & pembaca blog ini
Terima kasih





Cara-cara membuat kain duyung

Assalamualaikum
di sini saya nak kongsi bersama kawan-kawan cara membuat pola kain duyung (kembang)



Kain duyung
AB - Labuh kain
AC - Turun 8' @ 9'
AD - Pinggang ke Lutut (Buat garisan melintang lurus untuk semua titik tadi)
CE - Punggung bahagi 4 + 0.25
EL - turun 1 1/4"
AF - Pinggang bahagi 4 + 2 + 1 3 (1 3' ni untuk dat masing-masing 0.5 setiap belah ) tak nak dat tak payah tambah 1' ni
AG - 0.5 dan bentuk FG (Buat garis menegak ke atas bermula titik E dan menegak ke bawah bermula titik E), Pada garisan melintang D masukkan ke dalam 3' ke 5' buat titik K).
XY - 8inci atau lebih.Kembangkan selebar mana nak tapi jgm le over lebar plak...tak cukup kain karang .
YM - naikkan 0.5 bentukkan MB (Bentukkan garisa F,E,L,K dan M)


MASALAH MESIN JAHIT

biasanya bila kita menjahit sesuatu pakaian banyak masalah mesin jahit, jadi disini saya nak kongsikan bersama masalah-masalah yang saya hadapi iaitu:-

1) Benang putus-putus 
     - masukkan benang di tempah yang salah
     - benang di gelengdong agak ketat
     - benang agak ketat

2) Jahitan berkedut-kedut
     - benang atas dan bawah agak ketat
     - gigi mesin terlalu tinggi
     - benang atas dan bawah terlalu longgar

3)  Jahitan melompat-lompat
     - jarum mesin tidak sesuai
     - jarum mesin tumpul
     - kedudukkan jarum tidak naik sepenuhnya

Penggunaan jenis-jenis jarum

  1. No 9 – Fabrik nipis – Tudung atau sutera
  2. No11 – Fabrik nipis & sederhana tebal – Tudung atau baju kurung
  3. No13 – Fabrik sederhana - Baju kurung
  4. No 14 – Fabrik Sederhana dan tebal – Jahitan pinggang baju kurung
  5. No 16 – Fabrik Tebal – Jeans atau langsir
  6. No18 – Fabrik tebal dan berat – Jeans tebal atau langsir tebal

Sekian untuk kali ini